TUJU-TUJU
Luthya, Vanessa dan juga Dr Suzana ingin melakukan kajian di Kampung Parit Polong tentang misteri yang berlaku di kampung tersebut. Apabila mereka tiba di kampung tersebut, mereka seakan tidak diterima oleh penduduk kampung itu. Dr Eddy menasihati agar mereka melupakan sahaja hasrat untuk meneruskan kajian yang dilakukan namun Dr Suzana berkeras untuk meneruskan kajian tersebut. Rupa-rupanya, Dr Suzana bukan sahaja ingin melakukan kajian tetapi dia juga ingin mencari adiknya, Suzy yang hilang di kampung tersebut. Pelbagai kejadian aneh berlaku di Kampung Parit Polong apabila ada seseorang yang menghantar tuju-tuju kepada penduduk di situ. Luthya antara mangsa kepada perilaku kejam itu. Konflik berlaku apabila dalang kepada misteri di kampung tersebut di ketahui.